
10 ogos 2003. genaplah usia gengjurnal 2 tahun. masih muda dan banyak lagi yang perlu diperbaiki. terima kasih pada semua yang menyokong dan membantu dalam setiap aktiviti dan perbincangan gengjurnal.
MATLAMAT PENUBUHAN
geng jurnal ini ditubuhkan untuk mengeratkan lagi hubungan antara penulis-penulis jurnal dan para pembaca. mengadakan aktiviti berfaedah dan menguntungkan semua pihak. melalui penulisan kita dapat meluahkan atau menceritakan sesuatu yang dikongsi bersama.
KRONOLOGI RINGKAS
10 OGOS 2001
+ sebelum adanya gengjurnal, sudah terdapat ratusan jurnal di malaysia. maka satu usaha diambil untuk mengumpulkan penulis-penulis jurnal ini dibawah satu komuniti. dengan adanya komuniti maka diharapkan jurnal dapat berkembang dengan lebih baik. hingga tertubuhnya komuniti yang sehingga kini dikenali sebagai gengjurnal. url awal ialah http://www.jurnal.dot.nu + nama asal Sahabat Jurnal se-Malaysia tetapi ditukar kepada Sahabat Jurnal sebab ada penulis dari luar. sekarang menggunakan Geng Jurnal supaya tak kelihatan terlalu formal. OKTOBER 2001
+ beberapa penulis jernel tersenarai dalam Computimes terbitan
NSTP pada 7 Oktober 2001. ulasan berkaitan bakat muda dalam pembikinan laman web dimalaysia oleh Zoraini Wati Abas. + Edisi Februari Majalah Jelita pasti membuatkan Geng Jernel tersenyum ini kerana laman web Geng Jurnal telah diberi ulasan satu muka dalam Ruang Siber kelolaan WAN SABARIAH SHIKH ALI NOVEMBER 2001
+ perhimpunan gengjurnal diadakan secara rasmi di taman klcc. hampir 40 orang gengjurnal dan pembaca yang hadir. MAC 2002
+ gengjurnal maju setapak lagi apabila membeli hosting dan nama domain sendiri. segala pembiayaan adalah daripada sumbangan ikhlas gengjurnal. alamat laman web gengjurnal dipilih berdasarkan pungutan suara dan akhirnya nama domain http://www.gengjurnal.net dipilih. NOVEMBER 2002
+ perhimpunan gengjurnal kali ke-2 diadakan. juga di taman klcc. ini memandangkan ia mudah untuk dikunjungi. insyaAllah dimasa akan datang. perhimpunan akan dibuat ditempat yang lebih baik dengan aktiviti yang lebih bermanfaat. hampir 40 orang menghadirkan diri. majlis penyampaian anugerah turut diadakan sebagai tanda penghargaan kepada penulis jurnal yang menunjukkan komitmen dalam penulisan mereka. hadiah ditaja oleh majalah i-remaja. DISEMBER 2003
+ gathering gengjurnal diberi ulasan dalam majalah i-remaja. artikel tersebut sebagai satu penghargaan atas kewujudan gengjurnal. JANUARI 2003
+ direktori gengjurnal diperkenalkan untuk membolehkan gengjurnal dan pembaca lebih kenal mengenali antara satu sama lain. MAC 2003
+ sehingga hari gengjurnal sudah berusia setahun setengah. gengjurnal masih kecil dan masih banyak belajar untuk menjadi satu komuniti yang baik.
+ aktiviti bowling pertama diadakan di ampang park. MEI 2003
+ aktiviti bowling ke-2 diadakan. bertempat di kelab golf & resort bukit jalil. hampir 30 orang hadir. JUN 2003
+ ronggeng ke port dickson telah diadakan. sebanyak 9 buah kereta menuju ke port dickson. acara adalah mandi laut dan bbq. OGOS 2003
+ aktiviti terbaru adalah main bowling bersama gengjurnal. ini merupakan kali ke-3 aktiviti boling ini diadakan. hampir 35 orang menghadirkan diri. diadakan di kelab golf & resort bukit jalil.
+ dalam proses mendaftarkan gengjurnal sebagai satu pertubuhan yang sah. untuk memudahkan aktiviti dijalankan pada masa akan datang. + sepanjang tempoh itu. ratusan perjumpaan kecil diadakan sesama ahli. pelbagai aktiviti dijalankan. ++ semoga gengjurnal dapat bertahan untuk satu tempoh yang lama. amin
|