|
AKU sangat simple dalam kebanyakan hal. Tapi sangat kompleks dalam beberapa hal. Kerap bertukar cita-cita sejak sekolah sehinggalah aku jatuh cinta pada subjek kimia semasa Tingkatan 4. Akhirnya memilih bidang kimia petroleum semasa di universiti, tetapi akhirnya memulakan karier dalam bidang kesihatan haiwan sebelum menyertai dunia kimia forensik. Sekalipun berada dalam persekitaran forensik, aku tak pernah pun tengok cerita CSI dan seumpamanya kat TV. Tidak suka pada peperangan tetapi sangat menggilai cerita dan game perang. |