PENCALONAN ANUGERAH 07

10088 pencalonan sudah dikemukakan untuk pelbagai anugerah gengjurnal.
pencalonan dibuka sehingga 25/12/2007.
ini peluang anda untuk mencalonkan mereka yang layak. ayuh calon. :)


______________________________________________________________________________


 
MAKLUMAT ANDA
nama :
 
url/emel :
 
    BLOG YANG ANDA CALONKAN
url :
 
masukkan http://
status :
 
kenapa :
 
   
nyatakan kenapa anda mencalonkan blog diatas. maklumat anda akan membantu panel juri untuk memilih pemenang yang benar2 layak.
 

//PENERIMA ANUGERAH TERDAHULU

+ lihat senarai penerima anugerah tahun 2006

//SYARAT2 UMUM UNTUK ANUGERAH ADALAH :-

  
ANUGERAH GENGJURNAL 2007

Untuk tujuan Anugerah GJ ini, "weblog" bermaksud laman web dengan catatan bertarikh. Weblog yang layak bertanding adalah weblog yang ada link ke laman GJ (http://www.jurnal.biz), dan kemaskini terakhir pada tahun 2007.

Asalkan ada sekurang-kurangnya SATU entry pada 2007, dikira layak. Maksudnya, weblog yang kemaskini terakhir pada 2006 (dan sebelum) adalah TIDAK layak bertanding. Weblog yang "mati" pada 2007, walaupun sudah tidak dikemaskini berbulan-bulan, masih layak bertanding. Weblog yang baru lahir pada tahun 2007 juga layak bertanding.

Pencalonan dan penajaan untuk setiap kategori dibuka sekarang.

Kategori yang dipertandingkan:

1) Blog Terhebat dan Terbaik 2007
dipilih daripada weblog yang
1) wujud sebelum 2007,
2) masih aktif lagi pada tahun 2007,
3) belum pernah memenagi anugerah weblog terbaik GJ
4) Terbaik (dari segi kandungan, gaya tulisa, dan kemampuan menarik pembaca.)

2) Entri Blog Terbaik (intelektual)
Untuk ulasan kritis, komentar sosial atau catatan ilmiah yang diterbitkan dalam weblog pada tahun 2007.

3) Entri Blog Terbaik (emosional)
Untuk entri menyentuh emosi yang diterbitkan dalam weblog pada tahun 2007. Entri menyentuh emosi termasuk: catatan sebak, romantik, sweet. Tema: kasih sayang, rindu, keinsafan. Pada: ibu, bapa, keluarga, suami, isteri, kekasih, guru, Tuhan, manusia sejagat.

4) Entri Blog Terbaik (humor)
Untuk entri paling kelakar yang diterbitkan dalam weblog pada tahun 2007.


5) Projek Terbaik (Dalam Forum)
Untuk projek Gj yang dijalankan di dalam forum GJ. Calon-calon:

- Lumba Kata
- Lumba Catatan
- Lumba Foto


6 ) Projek Terbaik (Luar Forum)
Untuk projek GJ yang dijalankan di luar Forum GJ. Calon-calon:

- MASKARA -
http://www.jurnal.biz/forum/viewtopic.php?t=5143
  
- RUMAH TERBUKA GEJU -
http://www.jurnal.biz/forum/viewtopic.php?t=5224
   
- BBQ TASIK WETLAND PUTRAJAYA - http://www.jurnal.biz/forum/viewtopic.php?t=5211
   
- WEBLOG DAY & TRESURE HUNT - http://www.jurnal.biz/forum/viewtopic.php?t=5171
   
- BOWLING ALAMANDA -
http://www.jurnal.biz/forum/viewtopic.php?t=5130
  
   
- MENGEBUR DI BUKIT BELACAN -
http://www.jurnal.biz/forum/viewtopic.php?t=5099

7) Blog Baru Terbaik
Untuk weblog yang baru lahir pada 2007.

8) Blog Paling Kreatif
Untuk weblog yang memaparkan tulisan dalam bentuk yang kreatif dan menarik.

9) Anugerah Khas Juri (Maksimum 3 orang)
Untuk apa-apa sumbangan sebuah weblog atau projek atau individu yang layak mendapat anugerah, tetapi tidak masuk dalam mana-mana kategori di atas. Lebih daripada satu penerima jika juri fikirkan perlu.




//SENARAI PENAJA
1. Blog Terhebat dan Terbaik 2007 - perlukan penaja
2. Entri Blog Terbaik (intelektual) - perlukan penaja
3. Entri Blog Terbaik (emosional) - perlukan penaja
4. Entri Blog Terbaik (humor) - DUGONGSENYUM
5. Projek Terbaik (Dalam Forum) - perlukan penaja
6. Projek Terbaik (Luar Forum) - perlukan penaja
7. Blog Baru Terbaik - AMYZ
8. Blog Paling Kreatif - NORDIN
9. Anugerah Khas Juri - perlukan penaja

urusan pembayaran dan penajaan akan dikendalikan oleh Cik Nida, sebagai Bendahari.