Gathering Geng Jurnal 2006 (RAPAT'06)
Perjumpaan Perdana Geng Jurnal yang dinanti-nantikan setiap tahun tiba lagi. Kali ini kami mengambil keberkatan bulan puasa dan hari raya untuk meraikannya. Pengiktirafan terhadap blogger-blogger di kalangan ahli GJ seharusnya diadakan jesteru matlamat ini diangkat melalui majlis perdana seperti ini setiap tahun. Adalah diharapkan kalangan ahli-ahli yang baru mahupun yang lama akan dapat bersama-sama menghadiri dan menyemarakkan semangat Geng Jurnal pada perjumpaan tahun ini.
Objektif RAPAT’06
Anugerah Weblog
Melalui RAPAT'06 kita ingin mengiktiraf ahli-ahli Geng Jurnal yang aktif berblog melalui penganugerahan dan penyampaian hadiah. Selain mengiktiraf blogger, RAPAT'06 juga diharap dapat menjadi pendorong blogger baru untuk komited dalam berblog selain meningkatkan mutu penulisan blog masing-masing pada masa hadapan. Untuk gath kali ini ada 11 anugerah utama dipertandingkan. Calonkan entri/blog rakan anda mahupun diri sendiri untuk mana-mana kategori yang dipertandingkan.
Mengeratkan tali silaturrahim
RAPAT'06 ini juga diharapkan kita dapat mengeratkan lagi pertalian persahabatan yang sedia ada dan menambahkan lagi kenalan-kenalan baru. Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita mesrakan, yang mesra kita serasi-serasikan.
Tarikh: 18/11/2006 (sabtu)
Masa: 1 petang - 5 petang
Lokasi: Cafe Al'amo, Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.
Tema: Hari Raya
Yuran Pendaftaran:
RM50: bayaran pada 18/11/2006
RM45: 1/11/2006-17/11/2006
RM35: dapatkan harga istimewa buat mereka yang membayar awal sehingga 31/10 sahaja!
RM10: Kanak-kanak 5-12 tahun.
Bayaran dibuat kepada akaun:
Akaun: Maybank Berhad
No Akaun: 114348127378
Nama Akaun: Noor Hanida binti Shaari
Sila scan dan emailkan slip pembayaran anda ke email noo_ha@yahoo.com (0192246364) & opx04@yahoo.com (0193618501) ATAU emailkan maklumat pembayaran dengan maklumat berikut:
a. Nama Pembayar (nama seperti tercatit pada maklumat senarai Kehadiran di laman web gathering)
b. Cawangan Bank
c. Nombor Transaksi
d. Tarikh, Masa
e. Jumlah Pembayaran.
Pendaftaran Kehadiran
Sila daftar penyertaan anda ke Gathering 2006 di sini http://www.jurnal.biz/gath2006/kehadiran/index.php
Bayaran boleh dibuat sekarang sementara tawaran istimewa masih ada.
Aturcara Majlis:
10pagi-12tengahari - Diablog di Rumah Pena. Tajuk: Halatuju Geng Jurnal
12:30tengahari - konvoi dari Rumah Pena bergerak ke Kelab Sultan Sulaiman.
1 tengahari - Pendaftaran Gathering di Kelab Sultan Sulaiman.
(aurcara akan dikemaskini kemudian mengikut perjalanan masa 1-5ptg)
. pendaftaran
- setiap peserta akan menerima doorgift & zine istimewa
- doorgift untuk kanak-kanak turut disediakan
. Penyampaian anugerah-anugerah GJ
. penayangan video-video oleh ahli GJ
. persembahan nyanyian/bacaan sajak @ puisi
. cabutan bertuah
. makanan disediakan
. sila bawa kuih raya yang tidak habis dirumah ke majlis
Peta Lokasi:
klik untuk melihat peta lokasi gathering 06
Kenderaan Awam:
Monorail Stesen Medan Tunku (5-10 minit berjalan kaki)
Bas RapidKL: KL City Shuttle - naik dari KLCC (route 106). Berhenti di Klinik Ibu Mengandung Kampung Baru, Jalan Raja Abdullah. Dan jalan kaki masuk melalui Jalan Dewan Sultan Sulaiman. Klik sini untuk peta KLCityShuttle dan pilih route 106 untuk maklumat perjalanan bas
Pencalonan Anugerah
http://www.jurnal.biz/gath2006/anugerah/edit.php
Calonkan blog/entri rakan-rakan mahupun diri anda sendiri untuk mana-mana anugerah yang dipertandingkan. Juri-juri terdiri daripada pemenang anugerah tersebut tahun lepas. Ketua juri dipilih daripada kalangan penenang AWET yang lalu. Anugerah-anugerah yang akan dipertandingkan tahun ini ialah:
> Weblog Baru Terbaik.
> Catatan Terbaik (Kategori: Merangsang Intelek).
> Catatan Terbaik (Kategori: Menyentuh Emosi).
> Catatan Terbaik (Kategori: Mencuit Hati).
> Fotoblog Terbaik.
> Rekabentuk Terbaik.
> Projek Terbaik (Kategori : Luar Web).
> Projek Terbaik (Kategori : Dalam Web).
> Anugerah Khas Juri.
> Anugerah Penghargaan GJ.
> Anugerah Weblog Terbaik 2005 (AWET).
Kami mengalu-alukan penajaan sebanyak RM50 diperlukan untuk setiap anugerah. Sila maklumkan kepada Op (opx04@yahoo.com) untuk sebarang tajaan.
Hadiah cabutan bertuah
Kami alu-alukan sumbangan kalian untuk hadiah cabutan bertuah.
Sumbangan diterima daripada:
1. attochsmart2
2. nida
3. adzlin
4.
Bantu kami iklankan Gathering dengan menampal kod banner di bawah
____________________________________________________________________________ //entri dimasukkan oleh Mie pada
|