utama | galeri | artikel | forum | direktori
     
UTAMA
KRONOLOGI GJ
AJK GENGJURNAL
AKTIVITI
KALENDAR
DIREKTORI
F . O . R . U . M
TIPS & PETUA
YAHOO MESSENGER
SPLASH PAGE
OLE - OLE
JURNAL > SETAHUN
IKTIRAF
KREDIT
YAHOO GROUPS
JARINGAN

----------------------------------













 
+ klik untuk lebih lanjut
   
  FORUM GENGJURNAL
 

forum ini ibarat nadi kepada gengjurnal. gengjurnal dan pembaca boleh berbincang dan berkumpul secara maya. pelbagai corak pemikiran boleh dijumpai disini.

menggunakan set forum phpbb2.06
sama seperti beberapa forum seperti sifoo.com dan pergh.com. melayu.com dan bincang.net menggunakan template mereka sendiri.

pernah satu masa dulu forum gengjurnal hampir ditutup. ini kerana kurang sambutan dari gengjurnal dan pembaca sendiri. kenapa jadi begini ? ini kerana majoriti gengjurnal mempunyai laman web/jurnal sendiri. jadi masa untuk forum agak terhad. untuk lebih jelas situasi ini. boleh baca tulisan bakal peguam gengjurnal iaitu syafizan atau lebih dikenali sebagai mat jan.

forum terus dibuka dan alhamdulillah pada masa sekarang sambutan makin menggalakkan dengan topik dan perbincangan yang semakin menarik.


++ lihat apa yang ada dalam forum gengjurnal


Tulisan syafizan berkaitan forum gengjurnal

tuan-tuan dan puan-puan,

komuniti geng jurnal berbeza dengan komuniti-komuniti yang lain dimana bagi komuniti-komuniti lain, seperti komuniti.net & bincang.net (sekadar menyebut beberapa contoh) FORUM merupakan CARA UTAMA ahli-ahli komuniti berinteraksi antara satu sama lain. segala cerita menarik, tentang kehidupan seharian seseorang ahli komuniti, yang ingin dikongsi bersama akan dipos ke dalam FORUM dan mendapat reply daripada ahli-ahli yang lain.

ini adalah kerana mereka tidak mempunyai tempat lain untuk mencurahkan cerita/pendapat/idea dan mendapat reply yang banyak dari masyarakat umum.

ini berbeza dengan komuniti geng jurnal, dimana hampir setiap ahli komuniti mempunyai jurnal online peribadi. segala cerita menarik & idea bernas yang ingin dikongsi akan dipos ke dalam jurnal masing-masing (dan bukannya ke FORUM). dan para pelawat jurnal akan membuat reply di GUESTBOOK mereka.

keperluan FORUM di kalangan ahli komuniti geng jurnal tidak semustahak keperluan FORUM di kalangan ahli komuniti lain. bagi ahli komuniti lain, FORUM adalah cara UTAMA mereka berkomunikasi. tetapi bagi ahli komuniti geng jurnal, FORUM adalah cara SAMPINGAN. cara UTAMA, seperti yang semua sedia maklum, adalah ONLINE JURNAL.

analoginya begini: katakan FORUM ini TELEFON. katakan hubungan sesama ahli KOMUNITI LAIN seperti orang bercinta jarak jauh (si teruna di KL, si dara di JB); manakala hubungan sesama ahli GENG JURNAL seperti orang bercinta satu tempat kerja. pasangan KOMUNITI LAIN kerap menggunakan TELEFON kerana mereka jarang berjumpa. pasangan GENG JURNAL pula jarang menggunakan TELEFON kerana mereka berjumpa setiap hari.

tapi, takkan disebabkan mereka JARANG menggunakan TELEFON, maka talian TELEFON itu harus dipotong? kadang-kadang telefon perlu digunakan.

samalah dengan FORUM GENG JURNAL, takkan hanya kerana ahli komunitinya jarang menggunakannya, maka forum ini harus ditutup? mereka jarang guna sebab KURANG KEPERLUAN untuk menggunakannya. tapi, sekali-sekala nak jugak guna...

jangan bandingkan FORUM ini dengan forum komuniti lain. hanya kerana forum lain dapat 1,000 pos sehari dan kita dapat 10 pos, maka kita anggap forum ini tidak meriah. "meriah" adalah satu benda yang subjektif. ramai tak semestinya meriah, dan meriah tak semestinya ramai. kadang-kadang kita keluar dengan 7 orang kawan, makan2, tengok wayang, kita rasa lebih meriah daripada pergi rombongan penuh dua bas tengok perasmian sukan komanwel di stadium bukit jalil.

tuan-tuan dan puan-puan,

FAKTOR KEDUA: bertambahnya bilangan jurnal jugak, telah mengurangkan jumlah reply di guestbook masing2. kerana orang sibuk membaca jurnal hingga masa untuk mengisi guestbook menjadi kurang. apatah lagi hendak mencuri masa mengepos dan meng-reply topik di forum.

adakah kerana kita kurang menerima reply di guestbook jurnal kita, maka kita harus patah semangat dan menutup jurnal kita semua?

tentu tidak. pertambahan jumlah jurnal adalah satu perkembangan yang sihat. tapi bak kata pepatah, "you gain some, you lose some". jumlah jurnal BERTAMBAH, jumlah reply di guestbook BERKURANG.

makin banyak orang menulis di jurnal, makin kurang orang menulis di guestbook dan forum.

mana kita nak?
a) orang RAJIN menulis di FORUM tapi MALAS menulis di JURNAL; atau
b) orang JARANG menulis di FORUM tapi KERAP menulis di JURNAL

kalau aku, aku pilih (b). sebab kita GENG JURNAL. bukan GENG FORUM. jurnal lebih penting daripada forum. pun begitu, ini bukanlah alasan untuk menutup forum. 1 pos sehari di forum tetapi jurnal ber-update lebih baik daripada 1,000 pos di forum tetapi jurnal terbengkalai.

wallahualam.

http://www.gengjurnal.net/forum/viewtopic.php?t=970&highlight=


  ++ forum untuk berbincang dan bersuaikenal

 
segala artikel dan info adalah hakmilik gengjurnal.net. tolong jangan ciplak ye.
paparan terbaik
: internet explorer resolusi terbaik : 1024 x 768